Bismillahi ar-rahmani ar-rahim
Assalamu 'alaikum wa rahmat-Allahi wa barakatuh.
Surah al-Fatihah merupakan Umm al-Quran ( Ibu Al-Quran ) seperti yg diketahui umum. Ia juga sebagai pembukaan atau mukaddimah bagi lembaran Mushaf Al-Quran. Kepentingannya hingga menjadi salah satu daripada rukun solat.
Bagi perawat perubatan Islam, ianya menjadi kewajipan bagi memulakan sesuatu rawatan. Rahsia surah ini, masih ramai yang tidak diketahui. Diantara rahsia dan kelebihan surah al-Fatihah adalah :
1- Penawar penyakit
2- Pengasih/seri muka
3- Pengunci
4- Terapi
5- Rezeki
6- Pendinding
7- Penunduk
8- Penerang hati
9- Pembuka ikatan
10- Banyak lagi kalau nak senaraikan...
Dalil bagi kelebihan Surah Al-Fatihah adalah :
Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab.
Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut.
Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu.
Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi?
Karana ketua kampung kami terkena sengatan binatang.
Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada.
Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah.
Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing.
Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah.
Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah.
Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi?
Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku.
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Ulasan:
Daripada hadis ini dapat disimpulkan seperti berikut;
1. Surah al-Fatihah boleh digunakan sebagai jampi untuk rawatan sengatan bisa binatang.
2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.
3. Boleh menerima upah daripada khidmat rawatan yang diberikan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran.
2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.
3. Boleh menerima upah daripada khidmat rawatan yang diberikan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran.
Bagi pengamal ilmu perubatan Islam, Surah al-Fatihah adalah bacaan utama dalam setiap rawatan. Keberkesanan ruqyah menggunakan bacaan Surah al-Fatihah bergantung kepada keikhlasan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t.
Selain daripada itu bacaan Surah al-Fatihah perlu dipelajari secara talaqi daripada guru. Guru hendaklah mendengar bacaan dari mulut kita dan membenarkan bahawa bacaan kita itu adalah betul. (sumber Darussyifa)
Berdasarkan pengalaman saya dan kawan2 serta guru, pengamal surah ini juga dapat mengunci mulut seseorang yang berniat menipu di dalam urusan perniagaannya.
Sebenarnya, terlalu banyak akan khasiat dan kaedah menggunakan surah al-Fatihah bagi tujuan tertentu. Hanya pengamalnya sahaja yang mengetahuinya.
Carilah guru untuk mengetahui rahsia-rahsianya. Saya hanya bagi ringkasan sahaja sebagai asas pengetahuan.
Paling penting, cari guru untuk diijazahkan, amal secara istiqamah, yakin dan berserah pada Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan