Khamis, 30 April 2015

TERAPI INSANI: TERAPI RUQYAH SYAR'IYYAH

TERAPI INSANI: TERAPI RUQYAH SYAR'IYYAH: Bismillahi ar-rahmani ar-rahim Assalamu 'alaikum wa rahmat-Allahi wa barakatuh. Zaman moden yg serba canggih pada masa ...

TERAPI INSANI: TERAPI BEKAM

TERAPI INSANI: TERAPI BEKAM: BISMILLAHI AR-RAHMANI AR-RAHIM ASSALAMU 'ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH Bekam ( Al-Hijamah ) adalah salah satu kaedah untuk...

Khamis, 23 April 2015

TERAPI BEKAM

BISMILLAHI AR-RAHMANI AR-RAHIM
ASSALAMU 'ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH

Bekam ( Al-Hijamah ) adalah salah satu kaedah untuk merawat penyakit fizikal dan rohani. Ianya merupakan kaedah sunnah dan disukai Rasulullah saw. Ramai dikalangan kita yg tidak berani utk melakukan bekam kerana beranggapan ianya mungkin menyakitkan. Sebenarnya, ianya tidak menyakitkan bahkan menyihatkan dan menyembuhkan.

Bekam adalah kaedah mengeluarkan darah toksid (racun/kotor) yg berkumpul di dalam badan seseorang. 


DARAH KOTOR YG BERBENTUK MEMBEKU (LENDIR) 


Sabda Rasulullah SAW

ما مررت ليلة اسري بي بملاء الا قالوا يا محمد مر امتک بالحجامة
“Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisra’kan kecuali mereka (para malaikat) berkata: Wahai muhammad! perintahkanlah umatmu berbekam.” (HR Tarmizi & Baihaqi)

DAN

Sabda Rasulullah SAW

عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di bahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.” (HR Thabroni)


Antara kebaikan berbekam :

1.       Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2.       Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3.       Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4.       Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
5.     Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan   sakit gigi.
6.       Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7.       Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8.     Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang  serta papan punggung.
9.    Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10.     Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11.     Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12.     Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13.   Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14.   Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15.     Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
16.     Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17.   Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18.    Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19.    Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20.    Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21.   Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan   rasa berat dan malas.
22.  Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23.    Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24.    Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.

“InsyaAllah, kita berusaha mengikut cara sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan berdoa diberi kesembuhan kerana Allah yang menyembuhkan segala penyakit, hanya cara Nabi yang mendapat kejayaan ”
sumber: rawatan islam baitus syifa'

Bagi pesakit yg terkena sihir, gangguan jin, saka dsbnya, kaedah bekam juga dapat dilakukan bagi rawatan dengan digabungkan bacaan ruqyah. Kesannya dapat dilihat ketika proses bekam dilakukan. Ini adalah berdasarkan pengalaman perawat saya sendiri.
Bagi yg ingin mencuba dan mendapatkan perkhidmatan ini, anda boleh mencari perawat yg berpengalaman di tempat anda atau menghubungi pihak Terapi Insani.

Wallahu a'lam...

Rabu, 22 April 2015

TERAPI RUQYAH SYAR'IYYAH


Bismillahi ar-rahmani ar-rahim




Assalamu 'alaikum wa rahmat-Allahi wa barakatuh.

Zaman moden yg serba canggih pada masa kini, masih terdapat masyarakat kita yg terlibat akan unsur2 syirik seperti sihir, santau, pukau dll. Kaedah yg digunakan juga semakin maju seperti menggunakan Facebook, Twitter, telefon, hatta duit.

Ada pesakit saya yg disihir dengan menggunakan duit. Pesakit tersebut merupakan tauke gerai makan di Kajang. Seorang pelanggan beliau warga negara luar, telah membayar makanan dan terus pulang. Pada malam tersebut juga saya dihubungi dan diminta hadir ke gerai beliau kerana beliau rasa tidak sedap hati. Apabila saya tiba, dia telah menceritakan apa yg berlaku dan menyerahkan wang tersebut.
Dengan izin Allah, saya merasakan ada tanda2 sihir pada wang tersebut.

Kini orang dapat pindahkan/hantar sihir melalui wang. Jika peniaga tidak mengamalkan apa2 ayat dari al-Quran, memang agak susah untuk merasa/mengesan sihir/jin pada duit tersebut.

Banyak kaedah yang dpt digunakan untuk merawat dan antara kaedah untuk merawat gangguan sihir/kerasukan/dll ialah;
- Terapi Ruqyah Syar'iyyah
- Terapi Bekam Ruqyah

Terapi Bekam akan saya bincang pada akan datang. Hari ini saya akan fokuskan secara umum berkenaan Ruqyah Syar'iyyah.


Apa Itu Ruqyah Syar'iyyah?
Diantara definisi yang paling lengkap memenuhi aspek jami’ dan mani’, diungkapkan al-Juraniy sebagai berikut: 

“Ruqyah yakni do’a perlindungan (pencegahan) bagi orang yang sakit dengan membaca ayat-ayat alQur’an al-Karim, Nama-Nama Allah dan Sifat-Sifat-Nya, disamping do’a-do’a syar’i yang menggunakan bahasa arab –atau selain bahasa arab yang diketahui maknanya- disertai hembusan nafas; untuk menghilangkan penderitaan dan penyakit.”
(Rujuk Mukhtashar al-Ruqyah al-Syar’iyyah min al-Kitaab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah, Muhammad Yusuf alJurani) - oleh Ust. Irfan Abu Naveed

Dapatlah difahami bahawa Ruqyah Syar'iyyah adalah ayat-ayat yg digunakan bagi tujuan perubatan dengan menggunakan ayat2 al-Quran, Hadi2 Nabi, Nama2 Allah, Doa2 yg ma'tsur, ayat2 dalam bahasa ibunda dengan makna yg tidak melanggar syara'.

Antara bahan2 yg digunakan utk merawat ialah air, garam, lada hitam, daun bidara dan lain-lain lagi selagi mana ianya dibenarkan syara'.

 Contoh Ruqyah Pesakit

Apabila merawat pesakit, pelbagai respon akan dpt kita lihat seperti mengamuk, pengsan, menangis, muntah dan selainnya.
Ramai pesakit saya mengatakan bahawa tangan saya terlalu panas seperti meletakkan periuk yg panas dibelakang mereka.
Kesemua respon ini adalah menunjukkan JIN di dalam badan pesakit terkesan akan Ruqyah yg dibacakan.
Pelbagai jalan Jin akan keluar dari tubuh badan pesakit seperti muntah, buang air, sendawa.

Ayat2 Ruqyah yg biasa digunakan ialah;

-Surah al-Fatihah
-Sebahagian ayat surah al-Baqarah,
-Sebahagian Ayat surah ali Imran
-Sebahagian ayat surah al-A'raf
-Sebahagian ayat surah Yunus
-Sebahagian ayat surah as-Soffat
-3 Qul
-Ayat2 dari hadis Nabi
-Dan banyak lagi.

Untuk mengamalkan dan menggunakannya, hendaklah kita mengambil ijazah dan mempelajari dari guru serta mengamalkannya terlebih dahulu, barulah Ruqyah tersebut akan berkesan.


Wallahu a'lam...

Isnin, 20 April 2015

RAHSIA SURAH AL-FATIHAH & FADHILAT (PENYEMBUHAN)



Bismillahi ar-rahmani ar-rahim

Assalamu 'alaikum wa rahmat-Allahi wa barakatuh.



Surah al-Fatihah merupakan Umm al-Quran ( Ibu Al-Quran ) seperti yg diketahui umum. Ia juga sebagai pembukaan atau mukaddimah bagi lembaran Mushaf Al-Quran. Kepentingannya hingga menjadi salah satu daripada rukun solat.



Bagi perawat perubatan Islam, ianya menjadi kewajipan bagi memulakan sesuatu rawatan. Rahsia surah ini, masih ramai yang tidak diketahui. Diantara rahsia dan kelebihan surah al-Fatihah adalah : 

1- Penawar penyakit
2- Pengasih/seri muka
3- Pengunci
4- Terapi
5- Rezeki
6- Pendinding
7- Penunduk
8- Penerang hati
9- Pembuka ikatan
10- Banyak lagi kalau nak senaraikan...

Dalil bagi kelebihan Surah Al-Fatihah adalah :


Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; 
Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. 
Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. 
Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. 
Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? 
Karana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. 
Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. 
Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. 
Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. 
Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. 
Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. 
Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? 
Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku. 
(Hadis Riwayat Imam Muslim)



Ulasan:


Daripada hadis ini dapat disimpulkan seperti berikut;


1. Surah al-Fatihah boleh digunakan sebagai jampi untuk rawatan sengatan bisa binatang.
2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.
3. Boleh menerima upah daripada khidmat rawatan yang diberikan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran. 


Bagi pengamal ilmu perubatan Islam, Surah al-Fatihah adalah bacaan utama dalam setiap rawatan. Keberkesanan ruqyah menggunakan bacaan Surah al-Fatihah bergantung kepada keikhlasan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t. 
Selain daripada itu bacaan Surah al-Fatihah perlu dipelajari secara talaqi daripada guru. Guru hendaklah mendengar bacaan dari mulut kita dan membenarkan bahawa bacaan kita itu adalah betul. (sumber Darussyifa)

Berdasarkan pengalaman saya dan kawan2 serta guru, pengamal surah ini juga dapat mengunci mulut seseorang yang berniat menipu di dalam urusan perniagaannya.
Sebenarnya, terlalu banyak akan khasiat dan kaedah menggunakan surah al-Fatihah bagi tujuan tertentu. Hanya pengamalnya sahaja yang mengetahuinya.
Carilah guru untuk mengetahui rahsia-rahsianya. Saya hanya bagi ringkasan sahaja sebagai asas pengetahuan.

Paling penting, cari guru untuk diijazahkan, amal secara istiqamah, yakin dan berserah pada Allah...

InsyaAllah, akan terasa auranya....

Wallahu a'lam.



Khamis, 8 Mei 2014

Salam Ukhuwwah buat semua...

Bismillahi ar-rahmani ar-rahim

Assalamu 'alaikum wa rahmat-Allahi wa barakatuh.
Salam ukhuwwah fillah, pengikat kasih dan sayang kerana Allah.
Kewujudan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu Allah yang amat luas meliputi sekalian alam.
InsyaAllah, akan dikongsikan bersama dalam masa terdekat dan amat saya alu-alukan perkongsian dari anda semua.